Disambar buaya ketika memancing

Disambar buaya ketika memancing

Disambar buaya ketika memancing
Lokasi mangsa dipercayai disambar buaya ketika sedang memancing di kawasan paya bakau berhampiran Ladang Pegagau, di sini, petang semalam. – Foto ihsan pembaca

SEMPORNA: Seorang penyelia ladang dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika keluar memancing bersama rakannya di kawasan paya bakau berhampiran Ladang Pegagau, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Abdul Kadir Ab Halalan, berkata mangsa warga Filipina dikenali Marvin Susa Dequillia, 36, keluar memancing kira-kira jam 2 petang sebelum pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.30 petang hari yang sama.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh ketika kejadian tali pancing mangsa dikatakan tersangkut di dalam air sebelum mangsa bertindak mengambil kayu panjang bagi melepaskan tali pancing yang tersangkut.



“Bagaimanapun, secara tiba-tiba seekor buaya muncul lalu membaham kedua kaki mangsa sebelum beberapa kali dilihat timbul di permukaan air dengan jasad mangsa masih berada di mulut reptilia itu.

Abdul Kadir berkata, operasi pencarian turut dibantu anggota polis, pekerja Ladang Pegagau, penduduk kampung serta nelayan di sekitar lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



 

Disambar buaya ketika memancing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button