Berat badan Watie naik 10 kg

Peminat kata ‘itu tanda sedang bahagia - Minta cepat-cepat kahwin Shuib

Berat badan Watie naik 10 kg

Berat badan Watie naik 10 kg
Peminat doakan Shuib dan Waite segera berumahtangga.

UMUM mengetahui pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib kini sedang berkawan rapat dengan usahawan bernama Watie Hanifiah.

Kata Shuib, dia selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan Watie kerana wanita itu mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.

Gara-gara pendedahan Shuib itu, Watie mula menjadi perhatian netizen dan peminat mula mengambil tahu mengenai apa sahaja perkongsian Watie di Instagram.



Berat badan Watie naik 10 kg
Watie diusik pengikut Instagram gara-gara luah berat badan naik.

Terbaharu, kapsyen di muat naik Watie mengenai pertambahan berat bada secara mendadak juga menjadi bualan pengikut.

“Dari 58 ke 68 kilogram. Nak salahkan siapa sebenarnya ini?” kongsinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut mengusik kononnya berat badan Watie naik kerana kini sedang berbahagia bersama Shuib.

“Entah siapa yang salah kalau bukan Shuib. Kebahagiaan terserlah, normal berat badan naik.



“Salah Shuib, bahagia sangat ini. Cepat-cepatlah kahwin.

“Nanti dah kahwin Shuib jadikan 78 kg pula, janji pasangan boleh terima seadanya,” antara komen netizen.

Watie penyayang macam arwah Siti Sarah.Watie diusik pengikut Instagram gara-gara luah berat badan naik.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.



Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.

Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai

Watie penyayang macam arwah Siti Sarah.


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button