Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

Tahniah! 

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’
Rashidi Ishak kembali bergelar suami.

PELAKON Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat berkahwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.

Menerusi akaun Instagram anaknya iaitu Maryam Rashika, Rashidi dilihat tampan mengenakan baju Melayu berwarna puith.

“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya,” katanya.



Perkara yang sama dikongsikan oleh anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut dipercayai berada di majlis berkenaan dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Dalam foto itu, Rashidi dan juga isteri mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk di atas pelamin.

“Semoga bahagia ke akhir hayat,” katanya.



Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan itu belum berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 dan sah bercerai pada 9 Ogos 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Untuk info, drama bersiri Kampung People yang bersiaran di TV3 merupakan arahan Wan Hasliza dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana.



Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button