Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KL

Dua tahun pasang impian

Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KL

Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KL
Yura Yunita pertama kali bertemu peminat di Kuala Lumpur.

TERKENAL dengan lirik lagu yang puitis, Yura Yunita bakal menemui peminatnya di Pertunjukan Tutur Batin di Live Konsert Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Berkongsi keterujaannya bertemu peminat, Yura, 31, berkata dia menyimpan hasrat untuk berada di Malaysia sejak dua tahun lalu.

Tambahnya, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini juga merupakan lokasi pertama jelajahnya di Malaysia.



Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KL
Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

“Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah antara impian yang direalisasikan, saya sangat bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini.

“Paling indah, Kuala Lumpur juga merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Yura berkata Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi seorang wanita dan juga isteri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya. Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang.



“Soalnya setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsinya melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan saya persembahkan kepada peminat saya di Malaysia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yura yang juga pernah menjadi rakan duet mendiang Gleen Fredly menjanjikan yang terbaik buat peminatnya di Kuala Lumpur.

Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KLYura janjikan yang terbaik buat peminat di Malaysia.

“Dua tahun saya menantikan saat ini, jadi saya janji untuk memberikan yang terbaik buat penonton di konsert ini. Saya juga memohon peminat saya untuk hadir memberikan sokongan kepada saya.



“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja Wardah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghiburkan peminat di sini,” ujarnya.

Orang ramai teruja sambutan Hari Kebangsaan kembali ke Dataran Merdeka

Yura Yunita adakan Konsert Pertunjukan Tutur Batin di KL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading