Resepi Kuih Putri Ayu
Resepi Kuih Putri Ayu, kuih melayu yang sedap. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi juga minum petang.
Bahan-bahan:
- 4 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum, ayak
- 300g gula
- 1 sudu besar ovallate
- 1 sudu teh baking powder, ayak
- 200ml santan pekat, hasil yang diperah menggunakan air pandan
- pewarna hijau
- Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi
Cara Penyediaan:
- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum dan baking powder bersama.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan mampatkan di bahagian bawah.
- Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukan tepung, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sebati.
- Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.
- Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Tip:
- Pastikan anda ikat atau balut penutup pengukus denagn kain supaya wap air tidak jatuh dalam acuan semasa proses mengukus.
Resepi Kuih Putri Ayu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.