Bawa pelbagai senjata tajam, penganggur dipenjara 5 tahun
Bawa pelbagai senjata tajam, penganggur dipenjara 5 tahun
KUALA PILAH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membawa pelbagai senjata tajam tanpa maksud sah.
Tertuduh Mohd Azmil Hadir, 37 dari Bandar Seri Jempol membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Susulan itu, Norma menjatuhkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Februari lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Azmil didapati memiliki sebilah keris bersarung kayu coklat, sebilah pisau bersarung warna hitam, sebilah pisau spring warna merah hitam dan sebilah pisau lipat warna biru tanpa maksud sah pada pada jam 12.15 tengah malam, 1 Februari lalu di sebuah gerai di hadapan stesen minyak di Bandar Seri Jempol.
Dia ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran motosikalnya pada masa dan lokasi dinyatakan sebelum pemeriksaan polis menemui pelbagai senjata berbahaya dalam beg sandang digunakannya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi turut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal selepas mengambil kira faktor kepentingan dan ketenteraman awam, selain banyak senjata berbahaya ditemui dalam milikan tertuduh.
Suami, isteri maut dikelar dileher
Bawa pelbagai senjata tajam, penganggur dipenjara 5 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini