Tipu jual batu delima, warga Indonesia terima hukuman

Tipu jual batu delima, warga Indonesia terima hukuman

Tipu jual batu delima, warga Indonesia terima hukuman

KUALA PILAH: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 32 bulan, tiga sebatan dan denda RM8,000 terhadap seorang lelaki warga Indonesia kerana memperdaya seorang warga emas untuk membeli batu delima merah yang kononnya bernilai tinggi dan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit.

Tertuduh, Salim, 44, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Saiful Sayoti

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menipu seorang wanita berusia 68 tahun dengan memperdayakannya dan dengan curang mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM12, 500 kepada tertuduh.

Ia bertujuan bagi pembayaran batu merah delima yang tertuduh katakan, bernilai tinggi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang mana dia tidak akan menyerahkan wang tunai itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menanggung keluarga selain tiga anaknya masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa, Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie pula memohon hukuman lebih tegas berikutan kerugian dialami warga emas itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukum penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

Tipu jual batu delima, warga Indonesia terima hukuman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker