Motosikal elektrik Yadea masuki pasaran Indonesia

Motosikal elektrik Yadea masuki pasaran Indonesia

Motosikal elektrik Yadea masuki pasaran Indonesia
MOTOSIKAL elektrik Yadea dari China bakal dipamerkan di IIMS 2023.-AGENSI

JAKARTA: Jenama motosikal elektrik dari China, Yadea, kini disahkan bernaung di bawah syarikat automotif Indonesia, Indomobil Group.

Lapor Kompas.com, Yadea akan menyertai Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang bakal berlangsung dari 16 hingga 26 Februari ini.

Yadea merupakan jenama pengeluar motosikal elektrik terkemuka dengan jualan global yang mengagumkan.



Sehingga tahun 2021, jualannya dianggarkan melebihi 13.8 juta unit dan angka itu menjadikan Yadea sebagai pengeluar motosikal elektrik paling laris di China dan dunia.

Sebelum memasuki Indonesia, motosikal elektrik Yadea telah dijual di 90 negara di pelbagai pelusuk dunia dengan jumlah pengguna mencecah 60 juta orang.

Pengarah Emotor Internasional Indomobil, Gerry Kertowidjojo berkata, Yadea akan memberi kejutan menarik kepada pengunjung pameran dengan produk unggulnya.

“Industri automotif Indonesia telah mula bergerak ke arah elektrifikasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini seiring dengan pasaran motosikal elektrik di Indonesia yang terus meningkat, bukan sahaja di bandar besar.



“Atas sebab itu, Indomobil Group komited memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik terbaik yang menepati keperluan dan cita rasa pengguna di negara ini,” katanya.

Pada pameran IIMS 2023, Indomobil Group turut menawarkan program menarik bagi pemilikan basikal elektrik dan motosikal elektrik dalam bentuk ansuran tanpa faedah selama 12 bulan.

Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh



MOTOSIKAL elektrik Yadea dari China bakal dipamerkan di IIMS 2023.-AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button