Penganggur mengaku tak salah pukul ibu

Penganggur mengaku tak salah pukul ibu

Penganggur mengaku tak salah pukul ibu

JEMPOL: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya, Isnin lalu.

Tertuduh, S Sathesh Kumar, 25, dari Bahau, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibunya berusia 50-an di ruang dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, kira-kira jam 5.30 pagi, 6 Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga.



Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum itu melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul ibunya yang sebelum itu menegur tertuduh yang membuat bising.

Berang kerana ditegur, tertuduh dikatakan menumbuk bahu, menarik rambut rambut dan menolak ibunya sehingga terjatuh.



Denda RM1,500 kerana tumbuk pelanggan

Penganggur mengaku tak salah pukul ibu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tingkat 36 tempatkan Sekreteriat Kerajaan Perpaduan



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button