Australia tanggal CCTV buatan China
Australia tanggal CCTV buatan China
SYDNEY: Australia akan menanggalkan semua kamera litar tertutup (CCTV) buatan China di beberapa bangunan kerajaannya bagi memastikan keselamatan negara terjamin sepenuhnya.
Menteri Pertahanannya, Richard Marles berkata, ia berikutan langkah serupa yang diambil Amerika Syarikat (AS) dan Britain, kedua-duanya menghalang jabatan-jabatan kerajaan daripada memasang kamera buatan China di tapak sensitif.
Marles berkata, pegawai-pegawainya akan mencari dan mengalih keluar semua kamera yang ditemui dalam koleksi pejabat dan kemudahan jabatan pertahanan yang luas.
“Ia adalah perkara penting yang telah dibawa kepada perhatian kami dan kami akan membetulkannya,” katanya kepada penyiar nasional ABC.
“Adalah penting untuk kami menjalani latihan ini dan memastikan kemudahan kami benar-benar selamat.”
Terdahulu, Britain dilaporkan bertindak lebih awal membuang CCTV buatan China iaitu pada November tahun lalu kerana bimbang syarikat dari negara republik itu boleh berkongsi maklumat risikan dengan pihak keselamatan Beijing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
CCTV itu dipasang di lebih 200 bangunan kerajaan Australia, menurut angka rasmi yang didedahkan oleh ahli politik pembangkang, termasuk sekurang-kurangnya sebuah yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Negara.
Memorial Perang Australia yang dibiayai kerajaan iaitu sebuah kompleks seluas 14 hektar di Canberra juga mengesahkan akan mengeluarkan sebilangan kecil kamera buatan China sebagai langkah berhati-hati.
Kamera itu dikatakan diperbuat oleh syarikat Hikvision dan Dahua yang kedua-duanya telah disenaraihitamkan di AS.
AS mengharamkan pengimportan peralatan pengawasan yang dibuat oleh Hikvision dan Dahua pada November tahun lalu kerana ia dianggap menimbulkan risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara.
Di Britain, sekumpulan 67 ahli Parlimen dan pemimpin negara itu menggesa kerajaan mengharamkan Hikvision dan Dahua pada Julai tahun lalu, berikutan laporan peralatan mereka digunakan untuk mengintip Uyghur di Xinjiang.
Ini adalah kerana kamera Hikvision berjaya merakam bekas setiausaha kesihatan, Matt Hancock mencium seorang pembantunya yang melanggar peraturan Covid pada Jun 2021 sehingga membawa kepada peletakan jawatannya.
Kerajaan berhaluan tengah Australia cuba membaiki hubungannya dengan China sejak berkuasa pada Mei tahun lalu.
China mengenakan tarif yang tinggi ke atas eksport utama Australia pada 2020 sewaktu kemuncak pertikaian sengit dengan bekas kerajaan konservatif itu. -AFP
Pelawak wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan
Australia tanggal CCTV buatan China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara