Pau Gebu Dan Lembut
Resepi Pau yang memang sangat gebu dan lembut. Resepi asal adalah dari myresipi.com. Kepada sesiapa yang teringin nak buat pau sendiri, sila lah cuba resipi ini. Hasilnya pasti tak mengecewakan. Saya gunakan tepung pau, boleh juga kalau gunakan tepung Hong Kong kerana pau yang dihasilkan akan menjadi putih berbanding jika kita gunakan tepung gandum.
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
- 3/4 sudu teh yis kering
- 1/2 sudu teh baking powder
- 4 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
- 1 sudu teh bread softner
- 1/2 cawan air suam
Cara Penyediaan:
- Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.
- Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.
- Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).
- Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.
- Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2×2 inci.
- Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.
Tip:
- Saya ikat penutup pau dengan kain supaya wap air tidak menitik di atas pau semasa proses mengukus, dan pau akan terhasil dengan cantik.
Pau Gebu Dan Lembut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara