Lelaki buka pintu kecemasan pesawat

Lelaki buka pintu kecemasan pesawat

Lelaki buka pintu kecemasan pesawat
PESAWAT Aeromexico. FOTO fail AFP

Mexico City: Lelaki ditangkap di Mexico selepas membuka pintu kecemasan sebuah pesawat komersial sebelum berjalan ke bahagian sayap.

Insiden itu berlaku kira-kira 11.30, Khamis lalu kira-kira tiga jam daripada waktu penerbangan Aeromexico dijadualkan berlepas dari Mexico City.

Lelaki itu melakukan aksi itu selepas pesawat yang menuju ke Guatemala City terkandas selama berjam-jam di atas landasan, tanpa penghawa dingin atau air untuk penumpang.



Kelewatan itu disebabkan isu penyelenggaraan, menurut laporan insiden berkenaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico berkata, tiada kecederaan berlaku, namun penumpang itu diserahkan kepada polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…




Bagaimanapun penumpang yang marah melihat kejadian itu dari aspek pandangan berbeza.

“Semua penumpang dalam penerbangan dari CDMX (Mexico City) ke Guatemala penerbangan AM 0672 menyatakan, penumpang dalam pesawat yang membuka pintu kecemasan untuk perlindungan kepada semua orang kerana kelewatan pesawat dan kekurangan udara.

“Situasi itu mewujudkan keadaan berbahaya untuk kesihatan penumpang.

“Dia menyelamatkan nyawa kami,” kata catatan tulisan tangan penumpang lain.



Nota yang tular di media sosial itu turut disertakan dengan nama serta tandatangan mereka.

Lelaki buka pintu kecemasan pesawat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading