Benfica yakin tiada masalah tanpa Enzo Fernandez

BARCELONA: Benfica menjual Enzo Fernandez dengan rekod perpindahan British pada bulan lalu namun akan mencari pemain gantian bagi mengurangkan jurang di bahagian tengah apabila aksi Liga Juara-Juara bersambung.

Pasukan dari Portugal itu sentiasa menunjukkan kebolehan untuk segera pulih selepas kehilangan pemain bintang dan kini sudah boleh menyesuaikan diri tanpa pemenang Piala Dunia dari Argentina itu.

Benfica, yang mencipta jurang lima mata di depan Porto di persada liga Portugal, akan berkunjung ke Club Brugge pada pertembungan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini dengan harapan tinggi selepas pemergian Fernandez.



Diundi dalam kumpulan mencabar yang turut disertai Paris Saint-Germain dan Juventus, Benfica melaluinya tanpa kalah dan menamatkan peringkat kumpulan di tangga teratas untuk mara ke pusingan kalah mati manakala gergasi Itali itu yang juga juara dua kali, tersingkir.

Fernandez memainkan peranan penting dalam kemaraan mereka tetapi meninggalkan kelab itu untuk ke Stamford Bridge pada hari terakhir perpindahan Januari, hanya enam bulan selepas membuat penampilan pertama bersama Benfica.

Kelab berpangkalan di Lisbon itu membuat keuntungan besar berbanding apa yang dibayar kepada kelab Argentina, River Plate pada musim panas 2022 yang menunjukkan sekali lagi bahawa kelab itu bijak membeli pemain dan mengasah bakat mereka.



Joao Felix dan Darwin Nunez juga antara dua pemain berprofil tinggi yang dijual dengan harga mahal oleh Benfica sejak beberapa tahun lalu dengan Nunez menggantikan Felix selepas pemergiannya ke Atletico Madrid.

Apabila Liverpool menandatangani Nunez musim panas lalu, Goncalo Ramos naik taraf menggantikan penyerang Uruguay itu dan melalui musim terbaiknya.

Perancangan Benfica bagi menggantikan Fernandez dilakukan dari dalam pasukan.



Pemain tengah, Chiquinho, 27, yang sebelum ini digunakan pada babak pertama musim, sudah memulakan aksi pada setiap tiga perlawanan awal sejak pemergian Fernandez.

“Saya rasa dia sudah mengesahkan bahawa dia berkebolehan bermain perlawanan hebat,” kata jurulatih Benfica dari Jerman, Roger Schmidt.

“Dia menunjukkan semua kualiti dimilikinya, kawalan bola, serba boleh, kebolehan fizikal. Saya rasa dia sudah melakukan tugas yang sangat bagus.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading