Kecoh Bekas Suami Suruh Wanita Jual Maruah RM1K

Caprice Nak Bantu Upah Peguam

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa keganasan tumah tangga oleh bekas suaminya selama tiga tahun.

Suruh jual maruah RM1K

Bukan itu sahaja, wanita tersebut yang berkongsikan rakaman perbualannya bersama bekas suami di media sosial yang meminta wang sehingga sanggup menyuruhnya untuk menjual maruah diri di Instagram (IG) dengan harga RM1,000.

Bahkan selepas bercerai, telefon bimbit dan juga wang simpanan wanita itu dipercayai telah dirampas oleh bekas suami sehingga dipandang hina oleh keluarga bekas mentua.



Akan sediakan peguam

Susulan isu tersebut, penyanyi dan selebriti media sosial iaitu Caprice menerusi satu hantaran di IG, memaklumkan bahawa dia akan menyediakan seorang peguam yang juga rakannya untuk membantu menyelesaikan kemelut wanita berkenaan.

Maafkan saya kerana lambat bersuara mengenai isu awak. Insya-Allah, peguam itu merupakan kawan baik saya. Kami sentiasa memberi sokongan kepada wanita yang didera secara fizikal dan juga mental. Insya-Allah, ada jalan.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen kerana rata-rata mereka menyokong tindakan dan bantuan yang diberikan oleh Caprice selain mengharapkan agar hak wanita tersebut akan terbela.



Sumber: Instagram


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading