12 Muslim Amerika saman Jabatan Kehakiman

12 Muslim Amerika saman Jabatan Kehakiman

12 Muslim Amerika saman Jabatan Kehakiman
GAMBAR hiasan

Washington: Sekumpulan 12 orang Muslim Amerika, termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman pada Isnin bagi mengeluarkan nama mereka daripada senarai pemantauan rahsia (Biro Penyiasatan Persekutuan) FBI.

Saman itu, yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts, menyebut bahawa dengan meletakkan individu itu dalam Pangkalan data Saringan Pengganas, kerajaan persekutuan “menghukum” plaintif kepada “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

Plaintif mendakwa mengalami kemudaratan, termasuk penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan, dan “diasingkan secara berkesan dari Amerika Syarikat” dan menambah senarai itu sendiri adalah “daftar Islam de facto” dengan lebih 98 peratus daripada individu dalam senarai itu terdiri daripada orang Islam,” lapor Agensi Anadolu.



Menurut saman itu, walaupun selepas seseorang individu dikeluarkan daripada senarai berkenaan, mereka mengalami kesan yang memudaratkan seumur hidup.

Ia menamakan Peguam Negara Merrick Garland, Pengarah FBI Christopher Wray, Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS Kimberly Cheatle, Penolong Peguam Negara bagi Bahagian Keselamatan Negara Matthew Olsen, Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haines, dan lain-lain sebagai defendan bersama.

12 Muslim Amerika saman Jabatan Kehakiman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading