Homestay Di Penang – Stay SongSong Mount Erskine

Homestay Selesa Untuk Setiap Bajet

Homestay Di Penang – Stay SongSong Mount Erskine

Pulau Pinang sememangnya layak sekali diberi gelaran sebagai Pulau Mutiara. Pelbagai ‘mutiara’ indah tersimpan di sini, atau dalam erti kata lain tarikan-tarikan yang membuatkan ramai orang tergoda untuk meluangkan masa bercuti di negeri ini.

Tarikannya dapat memuaskan pencinta sejarah, food hunter, orang yang berjiwa lasak dan sesiapa yang merindukan keindahan alam semula jadi. Dari muda hinggalah tua, semuanya dapat menikmati keseronokan di Penang.

Disebabkan betapa ramainya pelancong yang datang ke sini untuk bercuti, maka banyaklah tempat penginapan yang diwujudkan, tapi tak semua dapat memenuhi kriteria yang diinginkan, terutama sekali bagi anda yang merancang untuk datang bercuti bersama keluarga, homestay mana yang serba lengkap, ada fasiliti menarik dan boleh bagi keselesaan kepada semua ahli keluarga?



Dalam artikel kali ini, kami senaraikan antara homestay di Penang menarik yang boleh anda pertimbangkan penginapan bila bercuti di pulau ini nanti.

Homestay Di Penang - Stay SongSong Mount Erskine

Stay SongSong Mount Erskine terletak di Georgetown. Rumah 3 bilik ini boleh disewa sepenuhnya untuk anda dan keluarga. Rumah ini telah pun dibuah suai dan dihiasi dengan konsep yang cukup menarik dan cantik.

Interior nya yang modern, kemas dan ceria ini pasti membuatkan anda lebih tertarik. Nak ambil gambar pon banyak sudut. Banyak ruang santai yang disediakan dalam dan sekitar kawasan luar rumah.



Homestay Di Penang - Stay SongSong Mount Erskine

2 bilik di sini dilengkapi dengan katil bersaiz queen manakala 1 lagi bilik dilengkapi dengan 2 katil single. Di ruang tamu pula terdapat katil sofa yang boleh memuatkan seorang lagi tetamu. Terdapat 3 bilik mandi di sini berserta dengan dapur lengkap dan ruang makan.

Ruang tamu juga dilengkapi dengan TV dan penghawa dingin untuk keselesaan optimum anda. Bukan itu sahaja, kelengkapan memasak, kelengkapan BBQ, peti sejuk, mesin basuh baju dan banyak lagi turut disediakan khas untuk anda.

Alamat: 15 Gerbang Erskine, George Town




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Homestay Di Penang – Stay SongSong Mount Erskine

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?


DISYORKAN UNTUK ANDA :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button