RSMY Cheese Naan

RSMY Cheese Naan

RSMY Cheese Naan
Sumber: RSMY Best Cheese Naan

Kalau anda hanya ada sehari ‘cheat day’ dalam seminggu atau sebulan, gunakanlah sebaik mungkin. Untuk menggunakan peluang yang ada ini tanpa rasa menyesal, anda boleh mencuba keenakan cheese dalam roti naan yang tertarik-tarik bila digigit sekiranya ke RSMY Cheese Naan. Kepadatan keju di dalam roti naan ini mengalahkan pizza!

Rasa roti naan cheese ni bertambah lazat apabila dinikmati bersama dengan kuah dhal dan juga kuah kari yang pekat rasanya. Sedapnya sampai menjilat jari. Nak lebih sedap, anda boleh nikmati naan ini dengan kima kambing iaitu kuah yang dihasilkan dengan menggunakan daging kambing yang telah dihancurkan untuk mendapatkan rasa yang pekat.

Bagi anda yang datang beramai-ramai, boleh juga cuba ‘kek naan cheese’nya yang mana beberapa roti naan akan diletakkan berlapis-lapis sehingga kelihatan seperti sebiji kek (bayangkanlah rasa cheesenya). Untuk majlis hari jadi, ‘kek’ ini boleh diletakkan lilin serta cake topper. Syok juga sesekali cuba sesuatu yang berbeza untuk hari jadi kan?



Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurWaktu Operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 2.00 am) | Sabtu, Ahad (12.00 pm – 2.00 am)

Resepi bebola kentang cheese

RSMY Cheese Naan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button