Resepi Acar Timun Mentah
Resepi Acar Timun Mentah yang sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Che Nom sediakan acar ni untuk dimakan bersama nasi tomato. Cara nak buat acar ni sangat mudah dan tak perlu dimasak. Sebab tu lah dipanggil acar mentah dan bahan-bahan pun mudah sahaja. Acar ini melengkapkan hidangan nasik yg berminyak kerana kandungan cuka yang tinggi dan sesetengah org panggil hidangan ‘potong lemak’ kerana boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.
Bahan-bahan:
- 1/2 biji nenas
- 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
- 2 biji bawang besar
- 2 biji cili merah
- 8 sudu besar cuka
- 4 sudu besar gula
- sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
- Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
- Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
- Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.
Tip:
- Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.
Resepi Acar Timun Mentah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?