Jutawan kanak-kanak tinggalkan perniagaan

Jutawan kanak-kanak tinggalkan perniagaan

Jutawan kanak-kanak tinggalkan perniagaan

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikatakan meraih pendapatan sekitar 110,000 Pound (RM591,146) sebulan dengan hanya menjual permainan, kini memaklumkan sedia untuk bersara.

Lapor Mirror, Pixie Curtis menyatakan dia tidak sabar untuk berehat dan mahu kembali menumpukan perhatian terhadap dirinya.

Pixie bukan seperti kanak-kanak biasa yang lain kerana dia memperoleh kekayaan menerusi jenama aksesori tersendiri, Pixie’s Bow.

Dengan bantuan ibunya, Roxy Jacenko yang juga ahli perniagaan terkenal Australia, Pixie melancarkan sebuah syarikat perniagaan diberi nama Pixie’s Fidgets.

Sebelum ini, kanak-kanak itu mendakwa perniagaan alat permainan fidget spinner itu mampu meraih pendapatan kira-kira 110 Pound dalam tempoh sebulan.

Kini, Pixie bercadang untuk mengalihkan perhatiannya daripada bidang perniagaan dan keusahawanan kerana mahu kembali fokus kepada pelajaran.

“Anak saya memutuskan untuk meninggalkan perniagaan dalam talian dan memberi tumpuan kepada beberapa isu penting lain seperti kemasukan ke sekolah menengah.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami berbincang mengenai rancangan perniagaan masa depan dan memutuskan sudah tiba masanya untuk kembali memfokuskan kepada pelajaran.

“Platform perniagaan dalam talian, Pixie’s Pix masih dikekalkan sepertimana dimulakan pada tahun 2011, mungkin ia akan diuruskan secara bersama tetapi dengan masa dan tekanan lebih sedikit kepada Pixie,” kata Jacenko.

Tambah Jacenko, semangat keusahawanan yang dimiliki oleh Pixie pada usia begitu muda merupakan perkara yang paling menggembirakannya mengenai kejayaan anak perempuannya.

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Jutawan kanak-kanak tinggalkan perniagaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker