Pelajar tendang, tolak guru kerana dilarang guna tandas
Pelajar tendang, tolak guru kerana dilarang guna tandas
LONDON: Seluruh sekolah United Kingdom kecoh apabila ribuan pelajar sepakat melakukan kekecohan berikutan tidak berpuas hati dengan dasar baharu penggunaan tandas di sekolah masing-masing.
Lapor Mirror.com, Peraturan baharu itu melarang para pelajar menggunakan tandas sewaktu sesi pembelajaran bermula dan juga pada waktu rehat.
Berikutan kekecohan yang tidak terkawal, polis turut dipanggil ke beberapa sekolah hari ini selepas keadaan menjadi tegang berikutan para pelajar mengamuk.
Polis daripada unit mencegah rusuhan hadir ke Sekolah Richmond di North Yorkshire dengan laporan menyatakan guru-guru di sana didakwa ditolak, dipukul serta ditendang manakala sebatang pokok dibakar.
Para pelajar di sana turut mengeluarkan alat pemadam api, menendang pintu dan memecahkan tingkap sekolah.
Difahamkan protes itu dirancang menerusi aplikasi TikTok selepas peraturan baharu itu diumumkan iaitu mengunci tandas sewaktu sesi pembelajaran, dan pada waktu rehat.
Di Akademi Penrice di St Austell, Cornwall, meja diterbalikkan dan seorang guru dicabut rambutnya selepas demo diadakan petang tadi.
Selepas mengumumkan penganjuran protes itu dalam media sosial petang semalam, kanak-kanak itu sepakat berkumpul beramai-ramai hari ini.
Saksi berkata, situasi hari ini menjadi tidak terkawal dan seorang pelajar dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital.
Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media
Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media
Pelajar tendang, tolak guru kerana dilarang guna tandas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best