Bola misteri terdampar di pantai Jepun

Bola misteri terdampar di pantai Jepun

Bola misteri terdampar di pantai Jepun
BOLA besi misteri dengan diameter 1. 5 meter terdampar di pantai Enshu di bandar Hamamatsi, Jepun.-AGENSI

TOKYO: Polis dan penduduk di Hamamatsu di Jepun bingung dengan bebola gergasi misteri yang terdampar di kawasan pantai di bandar itu beberapa hari lalu.

Lapor media tempatan, bola besi berukuran kira-kira 1.5 meter diameter itu menjadi bahan bualan dan mencetus spekulasi hangat sejak dihanyutkan di pantai Enshu di pantai Pasifik negara itu.

Kebimbangan tentang lombong sesat disangkal selepas pakar yang menggunakan teknologi X-ray untuk memeriksa bahagian dalamnya mendapati objek itu berongga dan tidak akan meletup.

Sehingga kini tiada sebarang petanda untuk mengaitkan objek misteri itu dengan misi pengintipan oleh Korea Utara atau China.

Kehadiran dua pemegang yang dinaikkan pada permukaan sferanya menunjukkan bola besi itu boleh disambungkan pada sesuatu yang lain, mendorong penjelasan bahawa ia adalah pelampung tambatan yang longgar dan terapung.

Lapor Asahi TV, polis mula memeriksa bola berwarna coklat jingga dengan tompokan karat itu selepas seorang wanita tempatan ternampak objek berkenaan di atas pasir hanya beberapa meter dari pantai semasa dia keluar untuk bersiar-siar awal minggu ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pegawai mengepung kawasan itu dan memanggil pakar bahan letupan yang memakai pakaian pelindung untuk menyiasat lebih lanjut, tetapi laporan mengatakan pihak berkuasa masih tidak tahu apakah fungsi sfera itu atau dari mana ia datang.

“Gambar telah dihantar kepada pasukan pertahanan Jepun dan pengawal pantai untuk pemeriksaan lanjut,” jelas laporan itu.

Ramai berpendapat bola itu menyerupai sesuatu daripada siri manga popular Dragon Ball, manakala yang lain percaya objek misteri itu adalah UFO yang jatuh dari langit.

Rakaman tentang objek itu mencetuskan spekulasi di media sosial, sejurus selepas Jepun mengesyaki beberapa belon pengintip China dikesan di wilayahnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.-AGENSI

 

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Bola misteri terdampar di pantai Jepun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker