Pemandu lori dipukul hingga mati, polis buru 5 lelaki
Pemandu lori dipukul hingga mati, polis buru 5 lelaki

KUALA LUMPUR: Polis memburu lima individu yang dipercayai memukul seorang pemandu lori sehingga mati di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata mangsa berusia 31 tahun dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di rumah sewanya di kondominium terbabit.
Katanya, kejadian diketahui oleh adik perempuan mangsa berusia 26 tahun selepas menerima panggilan telefon daripada seorang rakan mangsa memaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 7.15 pagi, semalam.
“Wanita itu memberitahu abang pengadu dipukul sekumpulan lelaki di dalam rumah sewanya itu, sebelum membawa dia keluar namun tidak tahu ke mana lokasi mangsa hendak dibawa.
“Kira-kira jam 11.30 pagi, rakan mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek utama memberitahu mangsa berada di wad kecemasan Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, sebaik adik mangsa mengetahui perkara itu, dia bergegas ke Hospital Cyberjaya namun dimaklumkan oleh pihak hospital abangnya sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan perlu siasat penyelesaian dengan Goldman Sach, disyaki ada ketirisan dan penyelewengan.
- Kelebihan kerajaan Anwar tidak menjual aset seperti kerajaan Mahathir.
- Najib dijangka akan lebih “popular’ apabila dibebaskan.
“Kedua-dua belah mata mangsa didapati bengkak dan lebam selain mengalami luka pada hidung serta pendarahan di kedua-dua belah telinga.
“Punca kecederaan adalah disebabkan hentakan benda tumpul dan kita menunggu laporan bedah siasat pihak hospital bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.
Menurut A Anbalagan, hasil siasatan awal mendapati pembunuhan ini dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu suspek utama terhadap mangsa, yang mana kedua-duanya adalah kenalan.
“Polis masih meneruskan siasatan dan sedang mengesan lima suspek yang masih bebas. Kesemuanya lelaki tempatan dan identiti mereka sudah pun dikenal pasti.
“Kita mengalu-alukan sebarang maklumat berkenaan kes ini dan maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh
Pemandu lori dipukul hingga mati, polis buru 5 lelaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
- Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini
- Keputusan semakan SRC Najib sebelum 31 Mac
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :