MCA Perlu Belajar Dari DAP Dalam Berpolitik

MCA Perlu Belajar Dari DAP Dalam Berpolitik

MCA Perlu Belajar Dari DAP Dalam Berpolitik

 

MCA meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh supaya tidak membesarkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata Dr Akmal tidak seharusnya membuat gesaan agar rangkaian kedai itu diboikot secara semberono.

“Saya juga ingatkan Ketua Pemuda Umno supaya tidak memperbesar-besarkan isu stoking KK Mart.”

“Jangan bermain taktik boikot membabi buta.”

“Jika tidak, yang menjadi mangsa tetap negara kita sendiri,” jelas Choong Sin Woon.

Sampai Bila MCA Mahu Bermain Politik Yang Tidak Matang?

 

Penulis sering mengkritik Dr Akmal atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Tetapi dalam isu ini, penulis bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Dr Akmal.

Isu meletakkan kalimah Allah di kaki adalah isu yang sangat serius di kalangan umat Islam.

Umat Islam di Malaysia boleh menerima permohonan maaf dari pengurusan tertinggi pasaraya KK Mart.

Tetapi jangan lupa, ianya dilakukan hanya selepas seruan boikot dibuat oleh Dr Akmal.

Dan ianya sudah berada di pasaran selama 4 hari sebelum tular di media sosial.

Adakah pengurusan KK Mart akan mengambil tindakan segera sekiranya tidak berhadapan dengan ancaman boikot?

Sudah pasti mereka tahu akibat dari tindakan boikot masyarakat Melayu Islam di Malaysia ke atas Starbuck, Mac Donald dan KFC.

Isu yang hendak penulis bahaskan di sini bukanlah isu boikot, tetapi sikap pra matang MCA dalam berpolitik.

Kalau pun hendak mendapatkan political mileage, biarlah pada masa dan keadaan yang tepat.

DAP sendiri tidak berani bersuara dalam isu yang sangat sensitif ini, tetapi MCA hendak menjadi hero dengan mengkritik tindakan Dr Akmal.

Sebagai Ketua Pemuda sebuah parti yang memperjuangkan agama dan bangsa, sudah menjadi tanggungjawab Dr Akmal untuk bersuara.

Tetapi kita hairan, mengapa MCA pula ikut sama campurtangan?

Sedarkah MCA, kemenangan 2 kerusi parlimen mereka dalam PRU 15 adalah kerana undi orang Melayu?

Tindakan pra matang MCA hanya akan menyebabkan mereka semakin ditolak orang Melayu setelah orang Cina menolak mereka secara total.

 

MCA Perlu Belajar Dari DAP Dalam Berpolitik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker