Lelaki ditahan cuba bawa peranti letupan dalam pesawat

Lelaki ditahan cuba bawa peranti letupan dalam pesawat

Lelaki ditahan cuba bawa peranti letupan dalam pesawat

NEW YORK: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan seorang lelaki yang didakwa cuba membawa bahan letupan ke dalam sebuah pesawat di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Menurut FBI dalam satu kenyataan, bahan letupan itu ditemukan oleh kakitangan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Isnin lalu selepas penggera terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Lehigh Valley berbunyi ketika imbasan terhadap beg milik lelaki itu.

TSA memaklumkan satu bahagian di lapangan terbang itu yang terletak kira-kira 160 kilometer barat New York, ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.



“FBI dan juruteknik bom mendapati barang itu sememangnya peranti letupan ,” kata jurucakap TSA, Lisa Farbstein di Twitter.

Dalam pada itu, menurut dokumen mahkamah, bahan letupan terdiri daripada bungkusan mengandungi serbuk yang dibalut dengan bungkus plastik, dengan fius dipasang dan tersembunyi di dalam lapisan beg.

Pakar tempatan memaklumkan bahan itu mempunyai kekuatan seperti bunga api gred komersial,” jelas dokumen mahkamah, yang disiarkan laman media Axios.

Sementara itu, suspek dikenali sebagai Mark Muffley, meninggalkan lapangan terbang selepas diminta melaporkan diri kepada pihak keselamatan.



Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya ditahan di rumahnya pada petang hari yang sama.-AFP

450 pelajar IPT mula terima peranti

Lelaki ditahan cuba bawa peranti letupan dalam pesawat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker