Terima 30,000 penyertaan

Terima 30,000 penyertaan

Terima 30,000 penyertaan
SHAMSUL Iskandar (tujuh dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada pemenang hadiah utama, Ngeow Bih Lei yang memenangi sebuah Proton X50 sambil disaksikan Sheikh Farouk. – Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Shah Alam: Aeon BiG (M) Sdn Bhd, berjaya menerima kira-kira 30,000 penyertaan peraduan Shop More, Win More yang diadakan sempena ulang tahun ke-11 pasar raya besar itu sekali gus memberi peluang kepada pelanggan setianya membawa pulang hadiah utama, Proton X50 Flagship.

Pengarah Urusannya Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya tidak menyangka peraduan kali ini mendapat sambutan begitu hangat daripada pelanggan Aeon BiG di seluruh negara.

Katanya, selain untuk pelanggan pihaknya juga sudah melangsungkan peraduan sampingan khas untuk kakitangan Aeon BiG di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.



“Terima kasih kepada semua pelanggan setia Aeon BiG yang sudah menyokong kami sejak 11 tahun. Sempena peraduan ini, seramai 11 peserta akhir dibawa untuk memenangi dua Proton Saga Premium dan sebuah Proton X50 Flagship.

“Seramai 11 peserta ini adalah antara 30,000 penyertaan yang diterima di mana mereka ini perlu berbelanja minimum RM111 membeli produk daripada 130 penaja utama peraduan Shop More, Win More di mana-mana cawangan Aeon BiG.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?




“Kami melihat dengan peraduan dan kempen promosi yang dijalankan Aeon BiG sepanjang tahun memberi impak kepada peningkatan jualan syarikat.

“Tahun ini, kami bermula dengan Jualan Rahmah dan semenjak itu kami lihat orang ramai semakin mengenali Aeon BiG dan kemudian kami beralih ke pelancaran Orange Day.

“Untuk tahun ini kami dapat menyaksikan peningkatan jualan dan keuntungan sekitar tiga ke lima peratus dan tahun depan kita sasarkan pertumbuhan yang sama selain akan membuka dua cawangan baharu,” katanya kepada media selepas penyampaian hadiah Shop More, Win More di Aeon BiG Bukit Rimau di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pengarah Proton Rajendran Nambiappan dan Ketua Sektor (Pencegahan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Md Zaki Abd Samad.



Sementara itu, pembantu akaun dari Ipoh, Ngeow Bih Lei, 35, berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Shop More, Win More Aeon BiG berupa Proton X50 Flagship.

Pemenang yang membawa pulang Proton Saga Premium pula, Hoe Ting Hau dan Yap Bee Keng.

Terima 30,000 penyertaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading