Isteri ketiga mengaku salah rosakkan kenderaan suami

Isteri ketiga mengaku salah rosakkan kenderaan suami

Isteri ketiga mengaku salah rosakkan kenderaan suami
Tertuduh Siti Fazira Mohd Sofian (kiri) yang juga isteri ketiga mengaku bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan motosikal berkuasa tinggi serta cermin kereta milik suaminya. – Foto NSTP/Rosli Ilham

KEMAMAN: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan motosikal berkuasa tinggi serta cermin kereta milik suaminya, Ahad lalu.

Siti Fazira Mohd Sofian, 28, yang juga isteri ketiga mengaku bersalah atas perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Armida Shasha Amir.

Tertuduh seorang peniaga kedai emas didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing.



Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan bakul mengisi buah, pada jam 2.15 petang di kediaman madunya iaitu isteri kedua di sebuah rumah di Chukai, Kemaman.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac depan untuk fakta dan hukuman.

Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000



Isteri ketiga mengaku salah rosakkan kenderaan suami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button