PM Kanada arah siasat campur tangan China dalam pilihan raya

PM Kanada arah siasat campur tangan China dalam pilihan raya

PM Kanada arah siasat campur tangan China dalam pilihan raya
JUSTIN Trudeau bercakap semasa sidang akhbar di Parlimen di Ottawa, Kanada. – AFP

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memaklumkan pihaknya akan melantik penyiasat bebas untuk menyiasat dakwaan campur tangan China dalam pilihan raya negara itu.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan siasatan berasingan dilakukan terhadap dakwaan campur tangan negara luar.

“Saya akan melantik rapporteur khas yang bebas dan akan mempunyai mandat selain mengemukakan cadangan pakar untuk memerangi campur tangan serta mengukuhkan lagi demokrasi,” katanya dalam sidang akhbar.



Jelas beliau, penyiasat yang bakal dilantik akan turut mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan berhubung campur tangan negara asing termasuk siasatan awam.

Selain itu, Trudeau berkata, beliau sudah mengarahkan ahli Parlimen dalam jawatankuasa keselamatan negara untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan campur tangan dalam pilihan raya negara lain.

Media tempatan baru-baru ini menyiarkan laporan terperinci memetik sumber risikan yang mendakwa usaha China untuk campur tangan dalam pilihan raya Kanada pada 2019 dan 2021.

Trudeau berdepan tekanan sejak laporan media itu disiarkan dan tinjauan baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat Kanada mahu pemimpin itu bertindak lebih tegas terhadap dakwaan campur tangan China dalam pilihan raya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bagaimanapun, China menafikan semua dakwaan campur tangan itu dan menegaskan Beijing tidak sama sekali berminat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Kanada.

Dilaporkan, sebuah badan pemerhati perisikan, Jawatankuasa Keselamatan dan Perisikan Ahli Parlimen Kanada (NSICOP) akan menjalankan siasatan dan melaporkan hasil penemuan kepada Parlimen.

Sementara itu, Trudeau berkata, beliau juga akan mengarahkan Agensi Kajian Keselamatan dan Perisikan Negara (NSIRA) untuk menyemak bagaimana agensi keselamatan Kanada mengendalikan ancaman campur tangan asing itu.

“Langkah ini akan memberi pemahaman lebih baik mengenai apa yang berlaku dalam dua pilihan raya lalu.

“Ini termasuk cubaan negara luar untuk campur tangan, bagaimana agensi keselamatan Kanada bertindak balas terhadap ancaman itu dan bagaimana maklumat itu tersebar ke negara lain,” katanya.

Trudeau dan pegawai keselamatan tertinggi Kanada mengakui terdapat cubaan campur tangan oleh China, namun menegaskan keputusan undian tidak diubah. – REUTERS

Parti Liberal bentuk kerajaan minoriti Kanada

PM Kanada arah siasat campur tangan China dalam pilihan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker