Dialog pamer komitmen AS terhadap Indo-Pasifik
Dialog pamer komitmen AS terhadap Indo-Pasifik
JAKARTA: Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Daniel J. Kritenbrink berkata, Dialog ASEAN-AS diadakan di Jakarta bagi mempamerkan komitmen AS terhadap rantau Indo-Pasifik.
Kritenbrink menekankan bahawa penyertaannya dalam Dialog ASEAN-AS bertujuan untuk menunjukkan kekuatan komitmen AS terhadap perkongsian strategik yang komprehensif dengan ASEAN serta sokongan untuk Tinjauan ASEAN di Indo-Pasifik (AOIP)
“Kami di sini untuk membuktikan kekuatan komitmen AS terhadap rantau Indo-Pasifik,” katanya selepas mempengerusikan bersama Dialog ASEAN-AS kelmarin.
Di samping itu, Kritenbrink berkata, beliau ingin memastikan komitmen AS yang kukuh terhadap masa depan yang dikongsi bersama dengan negara-negara anggota ASEAN.
“ASEAN secara kolektif mewakili ekonomi keempat terbesar di dunia.
“Anda adalah wilayah termuda, paling dinamik, paling penting di dunia. Kami mengiktiraf ASEAN dan mengiktiraf kekuatannya,” katanya dipetik Antara.
Beliau turut menekankan kesediaan AS untuk bekerjasama dengan ASEAN dan sangat gembira kerana berpeluang mengulangi kekuatan komitmen AS kepada ASEAN.
Beliau juga menekankan sokongan AS terhadap jawatan pengerusi yang disandang Indonesia di ASEAN tahun ini.
Dalam Dialog ASEAN-AS, Kritenbrink dan wakil negara anggota ASEAN membincangkan beberapa isu yang ingin mereka usahakan bersama pada masa hadapan termasuk keselamatan tenaga, perubahan iklim, jenayah transnasional dan keselamatan maritim.
Selain itu, isu-isu berkaitan pemerkasaan wanita, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, pendidikan, dan hubungan rakyat turut dibahaskan dalam perbincangan tersebut.
Lima remaja pamer aksi bahaya ditahan
Dialog pamer komitmen AS terhadap Indo-Pasifik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja
- Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM
- Kluster Broker UMNO masuk gua apabila sekutu Bunga mereka didakwa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor