Udara Chiang Mai paling teruk di dunia

Udara Chiang Mai paling teruk di dunia

Udara Chiang Mai paling teruk di dunia
Industri pelancongan Chiang Mai mungkin terjejas akibat pencemaran udara. -AGENSI

BANGKOK: Destinasi pelancongan popular Thailand, Chiang Mai kini diselubungi udara tidak sihat dengan kualiti udaranya dilaporkan berada pada kedudukan yang paling teruk di dunia akibat kebakaran hutan.

Lapor Channel News Asia (CNA), menurut Biro Kualiti Udara dan Pengurusan Bunyi Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand, pada pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin, bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) Chiang Mai di mukim Chang Phueak direkodkan pada 187 iaitu tahap tidak sihat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan memantau kesihatan serta mengurangkan aktiviti luar jika mengalami kesukaran bernafas, iritasi mata atau batuk.



“Individu yang berisiko harus mengelakkan aktiviti fizikal yang berat terutamanya di luar rumah dan berunding dengan doktor jika gejala bertambah buruk,” kata biro berkenaan.

Pencemaran udara Chiang Mai adalah yang paling teruk di dunia berdasarkan ukuran IQAir, rakan kongsi teknologi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

IQAir membandingkan 95 bandar global di seluruh dunia dengan data PM2.5 yang diukur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kepekatan PM2.5 di Chiang Mai kini adalah 22.8 kali ganda nilai garis panduan kualiti udara tahunan WHO,” kata IQAir di laman sesawangnya.



PM2.5 ialah salah satu bentuk pencemaran udara yang paling mematikan, zarah-zarah kecil dengan diameter kurang daripada 2.5 mikrometer atau kira-kira tiga peratus diameter rambut manusia.

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

Udara Chiang Mai paling teruk di dunia

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button