Budak dihalau kerana baling batu ke arah singa laut

Budak dihalau kerana baling batu ke arah singa laut

Budak dihalau kerana baling batu ke arah singa laut
KANAK-KANAK dihalau dari pantai selepas membaling pasir dan batu ke arah singa laut yang sedang tidur. -AGENSI

SAN DIEGO: Seorang kanak-kanak dirakam dalam video memba­ling pasir dan batu ke arah singa laut sebelum seorang penyelamat memintanya meninggalkan pantai dengan segera sehingga membuatkan ibunya terkejut.

Lapor Mirror.co.uk, pada wak­tu itu, singa laut berkenaan se­dang berba­ring di pasir serta di­kelilingi pengunjung pantai di La Jolla Cove di San Diego, California.

Saksi memerhatikan seorang kanak-kanak berpakaian ungu bersama seorang wanita yang kelihatan seperti ibunya sedang melihat singa laut berkenaan yang sedang tidur.



Kanak-kanak itu kemudian mula membaling pasir dan batu ke arah singa laut berkenaan manakala ibunya berdiri dan hanya memerhatikannya, se­perti yang dilihat dalam video.

Kemudian, seorang penyelamat yang bertugas memintanya meninggalkan pantai melalui pembesar suara.

“Gadis kecil berbaju ungu, kamu boleh pergi sekarang, terima kasih,” kata penyelamat itu menerusi pembesar suara.

Wanita yang merakam aksi dalam video melaporkan bahawa kanak-kanak itu membaling batu dan pasir ke singa laut beberapa kali sebelum pengumuman itu dibuat.



Ibu kepada kanak-kanak itu kelihatan terkejut selepas pengu­muman itu dibuat, kata wanita yang merakam interaksi itu dalam video.

Pengerusi Sierra Club Seal Society, Robyn Davidoff menjelaskan bahawa orang ramai harus menjauhkan diri daripada haiwan liar seperti anjing laut dan singa laut.

Katanya, ini kerana binatang berkenaan mungkin menggigit jika diancam.

“Mereka tidak menyedari bahawa mereka harus menjauhkan diri daripada binatang ber­kenaan. Itu adalah haiwan liar. Binatang berkenaan tidak biasa dengan kita, tetapi ia masih liar.



“Apabila bercakap tentang mengawan, memikirkan tentang mengawan, binatang-binatang ini akan menjadi sedikit lincah, orang ramai harus menjauhi. Jika diancam, (singa laut) mungkin menggigit,” katanya.

Doktor pelatih kena ‘dera mental’ di hospital awam

Budak dihalau kerana baling batu ke arah singa laut

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button