China dakwa krisis Russia-Ukraine didorong tangan ghaib

China dakwa krisis Russia-Ukraine didorong tangan ghaib

China dakwa krisis Russia-Ukraine didorong tangan ghaib
GAMBAR yang diambil di Vovchans’k, wilayah Kharkiv, menunjukkan sebuah kereta yang musnah di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. -AFP

BEIJING: China mendakwa krisis Russia-Ukraine didorong oleh tangan ghaib yang mendesak supaya ia terus berlarutan dan meningkatkan konflik.

Menurut Menteri Luar China, Qin Gang tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, beliau mendapati tangan ghaib itu cuba melaksanakan agenda geopolitik tertentu.

“Tangan ghaib itu menggunakan krisis Ukraine untuk melaksanakan agenda geopolitik tertentu.



“Konflik, sekatan dan tekanan tidak akan menyelesaikan masalah. Proses rundingan damai harus dimulakan secepat mungkin dan kebimbangan keselamatan yang sah semua pihak harus dihormati,” kata Gang dalam sidang akhbar di luar mesyuarat Parlimen tahunan negara itu di Beijing.

HUBUNGAN ERAT CHINA-RUSSIA

Pendirian China mengenai perang Ukraine diteliti semula dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah hubungannya yang semakin erat dengan Moscow.

Hubungan yang rapat itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Barat kerana mereka mendakwa Beijing tidak boleh menjadi broker yang jujur dalam sebarang rundingan damai.

Rusia menghantar tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari tahun lalu yang dipanggil sebagai operasi ketenteraan khas.



Konflik itu menyebabkan bandar-bandar Ukraine hancur serta menyebabkan berjuta-juta orang melarikan diri ke luar negara selain menjejaskan ekonomi global.

TIDAK SEDIAKAN SENJATA

Bagaimanapun, Gang menegaskan bahawa Beijing tidak menyediakan senjata kepada kedua-dua belah pihak manakala pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai kesan dan akibat yang tidak dinyatakan untuk China sekiranya ia menghantar bantuan ketenteraan kepada Russia.

“China bukan pihak yang terlibat dalam krisis dan tidak menyediakan senjata kepada kedua-dua belah konflik. Jadi, atas dasar apa cakap-cakap ini menyalahkan, sekatan dan ancaman terhadap China? Ini sama sekali tidak boleh diterima,” katanya.

Dalam pertemuan dengan wartawan, Gang juga bercakap tentang hubungan AS-China iaitu berharap kedua-dua negara dapat mencari cara yang betul untuk berkomunikasi.

Beliau menegaskan bahawa Taiwan yang diperintah sendiri adalah pusat kepada pelaksanaan hubungan antara Beijing dan Washington selain menyifatkannya sebagai isu teras dan garis merah pertama yang tidak boleh dilalui dalam hubungan AS-China.

Beijing mendakwa Taiwan sebagai miliknya dan tidak menolak untuk menggunakan kekerasan bagi menguasai pulau itu.

Ia dikatakan meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik ke atas pulau itu sejak Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen yang didakwanya sedang mencari kemerdekaan, pertama kali dipilih sebagai presiden pada 2016.

Ing-wen berkata, masa depan pulau itu terpulang kepada rakyat Taiwan.

Permintaan global lonjak ekonomi Malaysia

China dakwa krisis Russia-Ukraine didorong tangan ghaib

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker