Mahasiswa China cipta peranti ciuman pasangan jarak jauh

Mahasiswa China cipta peranti ciuman pasangan jarak jauh

Mahasiswa China cipta peranti ciuman pasangan jarak jauh
PERANTI aneh ciptaan pelajar China meniru pergerakan, suhu dan tekanan ciuman menggunakan sensor. – AGENSI

BEIJING: Peranti ciuman aneh dicipta oleh sekumpulan pelajar universiti di China untuk merapatkan pasangan yang mempunyai hubungan jarak jauh.

Lapor Sky News, alat silikon 3D yang dilekatkan pada telefon pintar pengguna mempunyai modul berbentuk mulut dan berfungsi melalui ciuman yang kemudiannya dipindahkan ke mulut pemanggil.

Ia meniru pergerakan, suhu dan tekanan ciuman menggunakan sensor dan pautan ke te­lefon pintar melalui Bluetooth dan aplikasi khas.



Bagaimanapun peranti aneh itu menerima pelbagai kecaman warganet dalam media sosial.

Sesetengah pengguna memanggil peranti itu pelik mana­kala yang lain pula berpendapat peranti itu meyakinkan mereka bahawa hubungan jarak jauh adalah satu idea yang agak buruk.

Menurut saluran media ke­rajaan Global Times, ciptaan itu dipatenkan oleh Institut Tek­nologi Mekatronik Vokasio­nal Changzhou.

“Di universiti saya, saya menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman wanita saya, jadi kami hanya menghubungi satu sama lain melalui telefon.



“Di situlah inspirasi peranti ini bermula,” kata pencipta utama peranti itu, Jiang Zhongli kepada Global Times.

Menurut CNN, fungsi yang ter­dapat dalam aplikasi itu ber­bahaya dan menggalakkan per­kara yang tidak baik kerana pengguna mungkin bercium secara rambang dengan orang yang tidak dikenali selepas ciuman boleh dimuat turun dan dialami oleh sesiapa sahaja.

Lelaki ditahan cuba bawa peranti letupan dalam pesawat

Mahasiswa China cipta peranti ciuman pasangan jarak jauh

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker