China halau pesawat pengawal pantai Filipina bawa wartawan

China halau pesawat pengawal pantai Filipina bawa wartawan

China halau pesawat pengawal pantai Filipina bawa wartawan
GAMBAR menunjukkan kapal tentera maritim China berlabuh di atas beting di Pulau Spratly di Laut China Selatan. -AFP

KEPULAUAN SPRATLY: Sebuah pesawat pengawal pantai Filipina yang membawa wartawan untuk terbang bagi meninjau dan melintasi Kepulauan Spratly di Laut China Selatan diarah keluar oleh pihak berkuasa China.

Lapor AFP, pihak berkuasa China dilaporkan mengeluarkan arahan tegas melalui radio.

“Keluar segera!.



“Anda memasuki sekitar terumbu China dan menjadi ancaman keselamatan. Untuk mengelakkan salah faham, pergi segera!,” kata pengendali radio China itu dalam satu daripada tujuh mesej yang dikeluarkan dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Arahan itu datang daripada pengendali radio di atas kapal pengawal pantai China kira-kira 1,000 meter dari permukaan laut ke ruang udara iaitu satu daripada berpuluh-puluh kapal yang dilihat berkeliaran di perairan itu.

AFP adalah salah satu daripada beberapa media yang diberi peluang untuk terbang ke beberapa pulau daripada berpuluh-puluh pulau yang ada di sana serta terumbu kecil di mana Filipina, China dan beberapa negara lain mempunyai tuntutan yang sama.

Beijing mendakwa kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly serta mengabaikan keputusan antarabangsa bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang.



Dalam dekad yang lalu, China didakwa menceroboh beribu-ribu hektar terumbu di kawasan nusantara bagi mewujudkan pulau-pulau tentera dengan landasan, pelabuhan dan sistem radar.

Beratus-ratus kapal pengawal pantai China dan kapal lain meronda di perairan, mengerumuni terumbu, mengganggu dan menyerang nelayan dan bot lain.

Mereka juga cuba mengusir pesawat bukan China dari ruang udara yang melintasi kawasan berkenaan.

Juruterbang Filipina pula menjawab bahawa mereka terbang dalam wilayah negaranya.



Bomoh cabul gadis bawah umur dengan alasan nak halau jin

China halau pesawat pengawal pantai Filipina bawa wartawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button