185 sindiket dadah tumpas dalam tempoh 6 bulan tahun ini

185 sindiket dadah tumpas dalam tempoh 6 bulan tahun ini

185 sindiket dadah tumpas dalam tempoh 6 bulan tahun ini
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 185 sindiket termasuk membongkar enam makmal dadah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Sindiket yang ditumpaskan itu membabitkan 572 tangkapan dengan enam ahli kimia turut ditahan dalam operasi bermula Januari hingga Jun.

Sepanjang tempoh itu, JSJN juga berjaya menangkap seramai 92,257 individu mengikut pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub dalam Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.



“Daripada jumlah itu, 298 individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“JSJN turut berjaya merampas 10,016 kilogram pelbagai jenis dadah dan 1,604 liter pelbagai jenis cecair dadah,” kata JSJN dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Menurut kenyataan JSJN itu juga, mereka berjaya merampas sebanyak 41,431 kilogram daun ketum, 27,213 liter air ketum dan 20 batang pokok ganja yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak RM286 juta.

“Selain itu, seramai 4,024 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dituduh mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,318 individu disabitkan kesalahan mengikut seksyen yang sama,” katanya.

Menurut JSJN, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terbabit dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah apabila seramai 287 orang penjawat awam ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.



“Empat daripadanya ditahan mengikutSeksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 38,064 kertas siasatan dibuka. Dan daripada jumlah itu sebanyak 35,058 kertas siasatan berjaya dituduh dengan peratus pertuduhan adalah 92.10 peratus.

“Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta disita manakala sebanyak RM5.3 juta nilai harta yang telah dilucuthak,” katanya.

185 sindiket dadah tumpas dalam tempoh 6 bulan tahun ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button