Tukang sihir hantar santau guna pelesit?

Kenali rupa sebenar belalang ‘puaka’, jangan berani sentuh guna tangan!

Tukang sihir hantar santau guna pelesit?

Tukang sihir hantar santau guna pelesit?
Pelesit mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk dikenal pasti. -Gambar hiasan

ADA segelintir masyarakat kontemporari hari ini yang masih terbawa-bawa dengan amalan khurafat.

Antara amalan tersebut adalah perbuatan santau dek didorong perasaan hasad dengki untuk melihat yang lain gagal dalam kehidupan.

Pelbagai teknik santau yang digunakan oleh pawang atau bomoh tetapi yang paling kerap didengarkan adalah pelesit.



Tukang sihir hantar santau guna pelesit?
Amalan santau masih berterusan dalam masyarakat hari ini. (Gambar hiasan, Freepik)

Pelesit adalah nama panggilan untuk belalang yang dimasukkan bahan santau bagi dijadikan medium penghantaran kepada mangsa yang dituju.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga di kawasan perumahan kita, apakah caranya untuk mengenal pasti kehadiran pelesit ini?

Nur Hasnifalina yang kerap berkongsikan ilmu perubatan tradisional ala kampung di laman Facebook mempunyai penjelasan untuk persoalan tersebut.

Ayuh kita lihat dan lebih berwaspada mulai sekarang.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Berikut adalah perbezaan di antara pelesit dan belalang biasa yang perlu kita ambil tahu.

 

Tukang sihir hantar santau guna pelesit?
Ini adalah rupa pelesit yang membawa santau.

1) Pelesit mempunyai kepala yang berbentuk bujur dan mempunyai tiga segi.

2) Mata pelesit berwarna putih atau oren.



3) Ada jarum di dalam badan apabila ditarik kepala pelesit itu.

4) Ada darah tukang sihir di perut pelesit.

5) Apabila dijumpai, pelesit akan berlakon mati seolah-olah belalang kering.

6) Ada rambut atau berbenang apabila dicabut kepala pelesit itu.



 

Tukang sihir hantar santau guna pelesit?
Ini adalah belalang rumput biasa yang tidak berbahaya.

Hasnifalina sempat memberikan peringatan untuk tidak membunuh belalang itu jika ia adalah belalang daun atau rumput.

Menurutnya mereka tidak bersalah dan juga merupakan makhluk Tuhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Namun jika ditemui seekor pelesit, jangan disentuh dengan tangan.



Sebaliknya gunakan penyapu atau kayu untuk memukulnya sehingga mati. Cara lain adalah dengan membakarnya.

Hasnifalina menasihatkan untuk mengamalkan ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah pada waktu petang atau malam sebagai pelindung.

Selain belalang, Hasnifalina memaklumkan haiwan seperti gagak, lipan dan katak juga boleh dijadikan medium perantaraan untuk menghantar sihir. – Nur Hasnifalina

 



Disebabkan Watak Nurul Ain, Wafariena Terima Ugutan Santau

Tukang sihir hantar santau guna pelesit?

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button