‘Solo Rider’ dijemput ajal selepas selesai hantar bantuan masjid, tahfiz
‘Solo Rider’ dijemput ajal selepas selesai hantar bantuan masjid, tahfiz
KEPALA BATAS: Allahyarham Mohamad Razis Zakaria, 42, yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Prachuap Khiri Khan, Thailand, pagi semalam aktif dalam kerja kebajikan sejak lebih 15 tahun lalu.
Ketika nahas berlaku, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas selesai menghantar bantuan kepada beberapa buah masjid dan maahad tahfiz di negara jiran itu.
“Arwah sebenarnya sudah mengadakan kenduri tersebut di rumahnya di sini dan turut meninggalkan tiga anak perempuan bersama arwah isteri pertama yang kini menjadi yatim piatu, sementara isterinya yang dikahwini sejak lebih setahun lalu kini sarat hamil lapan bulan.
“Arwah kini sedang bercuti tiga bulan dan kali terakhir saya bertemu dengannya dua minggu lalu iaitu ketika dia pulang ke kampung iaitu rumah saya di Pantai Remis, Perak dan meminta saya masakan laksa kegemarannya ,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023
- Memalukan , apabila Parti Bersatu kekalkan Perasuah dan Kluster mahkamah terus jadi Presiden, memang tidak ada ‘standard’.
- Satu kesalahan jenayah jika Hamzah simpan file tetapi tidak mendakwa.
- Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib
Sejak semalam, tular di media sosial Mohamad Razis mengalami kecederaan parah di kepala selepas terbabit kemalangan dalam misi solo menghantar bantuan ke maahad tahfiz di Thailand dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Chek Basah bercerita, anak kedua daripada sembilan beradik itu amat mengambil berat mengenai kebajikan keluarga dan menjadi tulang belakang dalam membiayai pengajian adik-adiknya sehingga sebahagiannya berjaya ke universiti termasuk sudah membekalkan wang yang cukup kepadanya untuk menunaikan ibadah haji.
Malah arwah turut pernah menghadiahkan masing-masing sebuah kereta untuk kedua ibu bapanya sempena hari lahir mereka dan baru selesai mengubah suai rumahnya di Bertam di sini, kira-kira sebulan untuk keselesaan keluarganya.
“Anak saya yang ini tidak banyak bercakap…lebih banyak senyum dan sudah terlibat dengan kerja-kerja kebajikan termasuk dengan masyarakat setempat sejak berusia 21 tahun Alhamdulillah rezekinya memang lancar dan saya reda dia pergi dalam keadaan melakukan amal.
“Saya teringat kali terakhir kami berjumpa, anak bongsu arwah minta bungkus kari ikan sembilang yang saya masak dan arwah secara bergurau minta anaknya itu terus tinggal bersama saya jadi katanya-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya ketika ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
“Jadi saya bertekad untuk menjaga tiga cucu saya yang berusia 8 hingga 16 tahun yang kini bergelar anak yatim piatu dan menyekolahkan mereka di Pantai Remis, Perak selain saya mampu memandu untuk menghantar dan menjemput mereka pulang dari sekolah,” katanya.
Isterinya, Salma Mohd Sobri, 31, berkata suaminya telah menempah dua ekor kambing sebagai persediaan mengadakan kenduri akikah untuk bayi lelaki mereka yang bakal lahir bulan depan termasuk telah membeli segala kelengkapan dan pakaian bayi.
“Dia telah mempersiapkan segala-galanya, seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya dengan nada sebak.
Menurutnya, bapa mentua dan adik ipar perempuannya masih berada di Thailand untuk urusan menuntut jenazah dengan jangkaan membawa pulang arwah suaminya pada jarak sejauh kira-kira 700 kilometer dari sempadan Thai-Malaysia masih belum diketahui.
Allahyarham Mohamad Rozis dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat di sini dijangka selewat-lewatnya esok.
‘Solo Rider’ dijemput ajal selepas selesai hantar bantuan masjid, tahfiz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :