5 MP PPBM Akan Lompat, Muhyiddin Sahkan 1 Dah Cabut

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

5 MP PPBM Akan Lompat, Muhyiddin Sahkan 1 Dah Cabut

20 Oktober yang lepas, Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, memohon supaya mahkamah supaya melepaskan passport antarabangsa beliau tanpa syarat.

Antara alasan yang diberikan Muhyiddin adalah:



  • Menjadi kebiasaan beliau membawa ahli keluarga bercuti selama sebulan
  • Beliau mahu bercuti di United Kingdom, kerana tahun ini adalah tahun yang penuh tekanan bagi dirinya dan keluarganya
  • Beliau sudah menempah tiket penerbangan memandangkan terdapat permintaan tinggi bagi perjalanan ke UK
  • Beliau memerlukan pasport untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Singapura
  • Tiada risiko untuk beliau lari kerana beliau adalah Ahli Parlimen selain mempunyai keluarga dan aset di negara ini

Pada 10 Mac, Mahkamah Sesyen memerintahkan Muhyiddin menyerahkan passport beliau sementara menunggu selesainya perbicaraan tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan RM232.5 juta.

Mengikut dakwaan, wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun Bersatu antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021.

Bercuti Atau Mahu Gagalkan London Move?

5 MP PPBM Akan Lompat, Muhyiddin Sahkan 1 Dah Cabut

Sumber memaklumkan, tujuan sebenar Muhyiddin mahu ke London adalah untuk menggagalkan London Move yang sedang dirancang di sana.



Tular di media sosial, satu percaturan politik yang dipanggil London Move sedang dicatur antara beberpa pemimpin kanan PPBM dan beberapa wakil dari kerajaan.

Tujuan London Move adalah untuk menarik seberapa ramai MP PPBM supaya berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada kerajaan.

Setakat ini penulis difahamkan, sudah 5 orang MP PPBM bersetuju dengan cadangan yang dibuat dalam London Move.

Penulis juga difahamkan, selain 5 orang MP PPBM tersebut, ada beberapa orang lagi yang akan mengikuti jejak mereka.



Malah Muhyiddin secara tidak sengaja telah mendedahkan, PPBM kini cuma tinggal 30 orang MP.

Ini adalah kerana MP Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, sudah memuktamadkan keputusan beliau.

Manakala 4 orang yang akan mengikutinya adalah MP Langkawi, MP Lumut, MP Gerik dan MP Merbok.

Sejauh mana kesahihan dakwaan ini, penulis tidak dapat pastikan dan masih menunggu pengesahan dari sumber dalaman PPBM.



5 MP PPBM Akan Lompat, Muhyiddin Sahkan 1 Dah Cabut

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading