Netizen tegur Hannah Delisha jaga aurat

Baru sahaja membuka akaun TikTok, rata-rata peminatHannah Delisha teruja apabila pelakon dan penyanyi itu berkongsikan video pertama di aplikasi itu.

Menerusi video tersebut, Hannah dilihat sedang ‘cat walk’ menggayakan baju hitam lengan panjang dengan belahan leher berbentuk ‘V’ dipadankan dengan skirt labuh corak bunga-bunga.

Meskipun ramai memuji kecantikan pelakon kelahiran Singapura itu, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen menegur Hannah supaya menutup aurat dengan sempurna.



Ada yang meminta Hannah supaya melonggarkan pakaiannya dan ada juga menegur cara pelakon itu memakai tudung apabila ada yang mengatakan bahagian lehernya terdedah.

Malah, ada yang mengatakan sebelum ini pelakon itu pakai tudung elok sahaja serta mendoakan Hannah terus istiqamah dalam menutup aurat.

Terdahulu, Hannah mula berhijab sejak penghujung tahun 2020. Pada Januari 2021, palakon itu memadam lebih 800 gambarnya tidak berhijab di Instagram miliknya.



Rotikaya


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading