Thailand cari silinder radioaktif yang hilang

Thailand cari silinder radioaktif yang hilang

Thailand cari silinder radioaktif yang hilang
GAMBAR menunjukkan antara stesen janakuasa yang dimiliki oleh Syarikat Bekalan Tenaga Nasional Thailand. – AGENSI

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand sedang berusaha sedaya upaya mencari sebuah silinder mengandungi bahan radioaktif berbahaya yang hilang dari stesen janakuasa di negara itu.

Pegawai memberi amaran mengenai risiko kesihatan serius yang bakal tercetus akibat pendedahan langsung bahan radioaktif berkenaan.

Kakitangan di loji arang batu di Wilayah Prachinburi, timur Bangkok, menyedari tiub keluli sepanjang 30 sentimeter dan 13 sentimeter lebar hilang semasa pemeriksaan rutin pada Jumaat lalu.



Menurut Kittiphan Chitpentham dari Syarikat Awam Bekalan Tenaga Nasional, usaha pencarian pada hujung minggu lalu gagal menemukan silinder seberat 25 kilogram (kg) yang mengandungi Caesium-137, bahan radioaktif yang sangat tinggi.

Syarikat itu percaya silinder itu mungkin terjatuh dari pelekap dinding, kira-kira 18 meter tinggi, beberapa hari sebelum kehilangannya disedari.

Ujian radiasi dilakukan di loji itu menunjukkan ia sudah dikeluarkan dari premis berkenaan.

Justeru, Gabenor wilayah Prachinburi, Narong Nakornjinda meminta orang ramai di kawasan itu untuk tampil membantu mencarinya.



“Bahan radioaktif itu berada dalam keadaan tertutup dan terlindung namun jika seseorang membukanya dan terdedah kepada bahan itu ia boleh menyebabkan ruam serta melecur,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dilaporkan, silinder radioaktif yang hilang merupakan sebahagian peranti yang digunakan untuk mengukur tahap tekanan wap pada loji.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah kandungan Caesium-137 yang ada dalam silinder berkenaan.

Pejabat Atom bagi keamanan, sebuah agensi dibawah kerajaan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan nuklear memaklumkan loji itu menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti individu yang mengambil silinder berkenaan dan memberi amaran supaya tidak membukanya.

“Sekiranya individu memecahkan silinder, anda terdedah secara langsung kepada risiko kanser yang tinggi dan penyakit serius.

“Jadi, tolong jangan pecahkan silinder itu,” kata Setiausaha Pejabat Atom bagi Keamanan, Permsuk Sutchaphiwat.

Insiden kehilangan silinder itu menyusuli kejadian sama berlaku di Australia apabila pihak berkuasa Australia berjaya menemukan kapsul radioaktif kecil yang terjatuh dari belakang trak di lebuh raya kawasan gurun di Newman pada Januari lalu selepas dua minggu pencarian. – AFP

Thailand cari silinder radioaktif yang hilang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker