Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai

Senang sangat, boleh cuba di rumah!

Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai

Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai
Tip ini boleh digunakan untuk membantu anda memasak nasi lemak dengan betul.

NASI lemak adalah menu yang digemari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Namun begitu, pernahkah anda menjamah nasi lemak yang dirasakan terlampau lembik atau kering, ia sudah tentunya merosakkan ‘mood’ anda untuk menjamu selera.

Jika anda menanak nasi lemak menggunakan periuk nasi (rice cooker), pastikan anda menggunakan tip yang dikongsikan oleh Jauharatuddini Taib ini agar masakan menjadi sempurna.



1) Rendam beras sebelum masak

Salah satu tip untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum menanaknya.

Selepas dibasuh, rendamkan sekitar 10 minit. Kemudian, terus toskan dan masak seperti biasa.

2) Elak nasi lemak mentah dalam periuk nasi

Cara menanak nasi lemak menggunakan periuk nasi tidak banyak bezanya dengan menggunakan gas api.

Ada yang memasukkan santan sekali bersama halia, daun pandan dan garam sekali gus. Selain itu, tiada masalah kalau nak memasukkan bahan-bahan tersebut apabila nasi sudah hampir kering.



Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai
Nasi lemak adalah makanan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia. (Gambar hiasan, Freepik)

Nasi lemak yang lembus pasti membuka selera.

Seelokknya, lebihkan sedikit air berbanding ketika memasak nasi biasa.

Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ‘cook’ dah bertukar ‘ warm’.

Sekiranya ini berlaku, ada beberapa petua yang boleh anda lakukan:

– Mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut. Kemudian, letak cawan berisi air panas yang dah dicampur sedikit garam ke dalam periuk nasi. Tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 10 hingga 20 minit.



– Kacau nasi, ambil daun pisang atau plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ‘warm’.

– Selain daripada cara- cara ini, boleh juga mengukus semula nasi yang jelantah tersebut menggunakan pengukus.

 

Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai
Cawan yang berisi air dan dicampurkan dengan sedikit garam diletakkan di dalam periuk nasi.

3) Campurkan minyak masak atau marjerin ke dalam nasi lemak

Salah satu tip menanak nasi lemak yang lembut adalah dengan mencampurkan sedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi.



Tidak ada masalah sama ada nak masukkan awal-awal atau apabila nasi sudah hampir kering.

Tip kedua adalah dengan menggunakan halia yang dititik sebesar ibu jari.

Anda boleh menggunakan kedua-dua cara ini untuk mendapatkan butiran nasi yang cantik, lembut dan berderai. Walaupun begitu, jangan gaul nasi terlampau kerap semasa memasak.

 



Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai
Nasi lemak boleh menjadi harum dengan memasukkan pati daun pandan ke dalam nasi lemak yang sedang dimasak.

4) Nasi lemak wangi dan harum

Biasanya kita akan ikat daun pandan untuk dimasukkan ke dalam periuk nasi.

Kalau anda nak cuba sesuatu yang berbeza, boleh kisarkan daun pandan dan dapatkan patinya untuk dimasukkan ke dalam nasi lemak yang sedang dimasak.

Selain itu boleh gunakan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi keharummannya. Selamat mencuba! – Jauharatuddini Taib

Nasi Goreng Kampung



Akhirnya jumpa petua masak nasi lemak lembut dan berderai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button