Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’

Siap keluar memancing tepi jalan

Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’

Rupanya ada kisah di sebalik kerusi roda RM3,000 ini

Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’
Warga emas berkenaan masih aktif melakukan pelbagai aktiviti harian termasuk memancing.

PERTEMUAN seorang pemuda dengan wanita lanjut usia di kawasan perumahannya dua tahun lalu dianggap cukup bermakna.

Menurut cerita warga Twitter dikenali sebagai Sofwan, dia bersyukur apabila warga emas itu kini bebas bergerak menaiki kerusi roda elektrik hasil pertolongannya.

“Waktu baru dalam fasa putus cinta, saya ambil keputusan untuk keluar pusing-pusing dan nikmati keindahan alam sekitar kawasan perumahan.



Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’
Warga emas itu kini bebas bergerak dengan kerusi rodanya.

“Suatu hari ditakdirkan ada seorang nenek ni datang tegur waktu saya melintas depan rumah dia. Cek (awak) beli mana wheelchair (kerusi roda) ni? Kalau tok (nenek) bagi duit, hang (awak) tolong pergi beli dekat tok satu boleh?



“Saya agak terkejut sebab dia percayakan saya padahal baru saja kenal dia. Tok nak guna untuk berkebun apa semua. Tok tak nak baring saja dalam rumah,” ujar Sofwan mengimbas kembali apa yang berlaku sekitar dua tahun lalu.

Susulan itu kata Sofwan, dia yang turut menggunakan kerusi roda jenis elektrik meminta pertolongan ibunya sebagai orang tengah untuk menguruskan urusan jual beli kemudahan berharga sekitar RM3,000 itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sebagai tanda berterima kasih, ujar Sofwan, warga emas yang dipanggil Tok itu sering mengajaknya ke rumah untuk bersarapan.

Saya tak boleh describe perasaan apabila tengok dia betul-betul guna untuk aktiviti harian. Gembira, suka dan sedih itu pasti.

SOFWAN

Malah, setiap kali kunjungan Sofwan ke rumah nenek berusia lebih 80 tahun itu, dia akan mengajarnya cara menggunakan kerusi roda tersebut.



Bagaimanapun, mereka terpaksa berpisah apabila jejaka ini terpaksa pulang ke kampus bagi menyambung pengajian ijazahnya.

Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’

Pemuda itu berkongsi harga kerusi roda.“Saya pun dah tak jumpa Tok tu sejak masuk degree sampailah ke hari ini.

“Saya tak boleh describe perasaan apabila tengok dia betul-betul guna (kerusi roda) untuk aktiviti harian. Gembira, suka dan sedih itu pasti.



“Nenek ni memang rajin. Setiap petang kalau dia tak berkebun, mesti akan memancing. Pendengaran masih okey, ingatan masih kuat,” katanya lagi.

Menerusi bebenang yang sama, pemuda itu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai terutamanya anak muda agar meneroka dunia luar dan bertegur sapa dengan golongan lebih berusia.

Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’
Komen netizen di Twitter pada hantaran Sofwan.

“Kadang-kadang mereka (golongan berusia) betul-betul memerlukan bantuan tapi tak tahu macam mana atau dekat siapa nak minta tolong.

“Saya tak pernah jumpa orang-orang sebaya dia yang berfikir macam dia iaitu faham situasi yang generasi sekarang terpaksa lalui.



“Tak pernah rendahkan golongan muda. Tak pernah melabel orang sembarangan. Perkongsian ilmu agama pun dengan berhemah sehinggakan saya tertarik untuk dalami,” ujarnya lagi.

Neelofa Duduk Atas Kerusi Roda

Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’


DISYORKAN UNTUK ANDA :



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button