Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi

Kaiser buat kejutan bawa jambangan bunga duit

Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi

Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi
Eina Azman dan suamio berdamai dari salah faham yang berlaku.

SEBELUM ini tular sebuah video memaparkan pelakon Datin Eina Azman menangis sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat yang bimbang akan keadaan dirinya.

Ia ekoran pelakon 28 tahun itu turut berkongsi kata-kata yang menggambarkan dirinya tidak dihargai seseorang sehingga ada segelintir membuat andaian rumah tangga Eina dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah sedang berantakan.

Bagaimanapun, Kaiser tampil membuat kejutan bersama jambangan bunga duit semasa pelancaran produk keluaran terbaharu Eina pada malam Jumaat.

 

Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi
Kaiser membuat kejutan buat isterinya.

“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.

“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” katanya dalam siaran langsung berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, Kaiser dan Eina turut dilihat saling berpelukan menandakan mereka sudah berdamai tentang salah faham yang berlaku.

Eina yang menangis memberitahu dia hanya mahukan ucapan ulang tahun dari suaminya seperti tahun-tahun sebelum ini.

Malah Eina mengaku dia terlalu banyak berfikir dan rasa tidak dihargai apabila suami melupakan hari pentingnya itu.

 

Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi
Pasangan ini bahagia bersama dua anak mereka iaitu Aubrey dan Karl.

“Akhir-akhir ini banyak kes orang ketiga. Dia pula tak ucap ulang tahun dan buat tak tahu sahaja. Selalunya bila hari jadi saya, dia akan ada.

“Saya tak nak semua ini, saya nak dia ucap sahaja macam selalu. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain,” ujarnya.

Untuk rekod, Eina berkahwin dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.

Status Gelaran Datuk Alha Alfa, Suami Eina Azman Dan Ramai Selebriti

Azman menangis sebab merajuk suami tak ucap selamat hari jadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker