Nasi Goreng Kampung



Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Kampung

Menu kali ini, Nasi goreng kampung. Untuk dapatkan nasi goreng kampung yang berderai dan garing, kita perlu guna nasik sejuk (nasi semalam) dan goreng dengan bahan tumisan seperti ikan bilis, bawang, cili padi, belacan bakar.

Che Nom tambah pula satu ramuan special iaitu sambal belacan. Mantap sangat lah hasil nasi goreng kampung ni. Dengan rasa yang pedas, rasa ikan bilis, kerangupan sayur batang kangkong dan rasa wangi dari belacan, memang betul-betul cara kampung. Jom lah cuba.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan nasi goreng kampung:
    • 4 cawan nasi sejuk
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 6-8 tangkai cili padi
    • 2 sb ikan bilis
    • 1 ketul isi ayam
    • 1 ikat kangkung
    • 1 inci belacan
    • 1 sk garam
    • 2 biji telur
    • 1-2 sb kicap manis
    • 1-2 sb sambal belacan
    • 1 cawan ikan bilis
    • Timun
    • Cili merah

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk nasi goreng kampung:
    1. Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun.
    2. Isi ayam buang lemak dan tulang kemudian potong kepada ketulan kecil.
    3. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    4. Potong kasar cili padi.
    5. Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
    6. Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan.
    7. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
    8. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
    9. Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
    10. Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan).
    11. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
    12. Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati
    13. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah.

Tip:

  • Nasi perlu simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum masak untuk dapatkan texture nasi goreng yang berderai dan garing.
  • Kalau tak nak masukkan sambal belacan, boleh lebihkan cili padi dan belacan bakar.

Laksa Johor Dan Sambal Belacan

 

Nasi Goreng Kampung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker