Ahmad tewaskan Hasni

Ahmad tewaskan Hasni

Ahmad tewaskan Hasni
AHMAD MASLAN (tengah) bersama para penyokongnya selepas diumumkan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

PONTIAN: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian meraih 388 undi, manakala Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam memperoleh 291 undi.

Kemenangan Ahmad menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan tersebut selama 22 tahun sejak 2001.



Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula dimenangi oleh Datuk Sumali Mohd. Reduan yang juga Setiausaha Kerja UMNO, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian dimenangi Jamaluddin Abd. Majid

Mohd. Sumali menewaskan pencabarnya, Mohd. Zukifli Rusad, manakala Jamaludin mengalahkan Naib Ketua Wanita Bahagian Pontian, Norzita Kahar

Manchester tewaskan Villarreal 2-1



Ahmad tewaskan Hasni


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button