Azalina pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang
Azalina pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang
KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang dalam pemilihan kali ini.
Dalam pertandingan dua penjuru, Ahli Parlimen Pengerang itu menang dengan 261 undi, manakala pencabarnya, Datuk Mhd. Tahir Mohd. Noah hanya memperoleh 10 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Yahya Hamzah.
Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi oleh Abdul Hadi Sydee yang meraih 189 undi, menewaskan pencabarnya, Ghazali Abas yang meraih 80 undi.
Seramai 283 perwakilan menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang yang diadakan di Lotus Desaru Beach Resort.
Azalina yang telah menerajui UMNO Bahagian Pengerang sejak 2008 turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini.
Tekong darat disyaki bawa migran keluar Malaysia ditahan
Azalina pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :