Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah

Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah

Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah
AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Majlis Jamuan Teh Petang di Mina. – FACEBOOK ISTANA NEGARA

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi dapat mempertingkat serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapannya selepas berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina.

Turut berangkat sama dalam majlis yang diadakan semalam itu adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.



Di dalam majlis yang berlangsung selama satu jam itu, Seri Paduka Baginda berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Putera Mohammed dalam pelbagai perkara termasuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?


“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan Kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, jumlah terbesar semenjak Covid-19.



“Pertemuan itu juga adalah merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara,” menurut sebuah hantaran di Facebook Istana Negara. – UTUSAN

Agong harap Malaysia-Arab Saudi tingkatkan hubungan dua hala, perpaduan ummah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button