Wanita hamil 5 bulan temui ajal menjelang Ramadan

Wanita hamil 5 bulan temui ajal menjelang Ramadan

Wanita hamil 5 bulan temui ajal menjelang Ramadan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Kemuning-Bukit Bakar, malam tadi. – Foto ihsan PDRM

MACHANG: Seorang wanita hamil lima bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kemuning-Bukit Bakar, di sini, malam tadi.

Dalam nahas jam 7.13 malam menjelang Ramadan itu, Che Suriani Mahmod, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Machang akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dilaporkan memasuki laluan bertentangan setiba di lokasi kejadian.



Susulan itu, beliau berkata, sebuah kereta Proton Wira dipandu pengawal keselamatan berusia 31 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Besut menghala ke Kuala Krai melalui jalan Bukit Bakar, dikatakan cuba mengelak ke sebelah kanan jalan.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang mangsa dilaporkan terlanggar bahagian sisi kiri kereta Proton Wira itu sebelum merempuh pula sebuah kereta Proton Persona dipandu wanita berusia 27 tahun yang berada di belakang Proton Wira.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke Hospital Machang, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kedua-dua pemandu kereta terbabit pula dilaporkan tiada mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mohd Adli berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal itu yang dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

‘Solo Rider’ dijemput ajal selepas selesai hantar bantuan masjid, tahfiz



Wanita hamil 5 bulan temui ajal menjelang Ramadan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading