Lelaki lawat Disneyland selama 2,995 hari

Lelaki lawat Disneyland selama 2,995 hari

SACRAMENTO: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berjaya mencipta rekod dunia baharu selepas mengunjungi taman tema Disneyland di bandar Anaheim, California selama 2,995 hari berturut-turut.

Lapor portal UPI.com, Jeff Reitz, 50, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness kerana melakukan lawatan paling banyak secara berturut-turut ke Disneyland.



Lawatan Reitz ke Disneyland bermula pada 2012, dengan dia sempat mengunjungi sebanyak 3,000 kali sahaja, setelah taman tema itu terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19 pada Mac 2020.

Dilaporkan, Reitz berkongsi perjalanan hariannya ke Disneyland dalam media sosial.

Kisah perjalanannya mula mendapat perhatian ramai selepas melakukan lawatan berturut-turut yang ke-60 ke taman tema tersebut.

Malah, berita mengenai Reitz turut menjadi tajuk utama berita kebanyakan media antarabangsa pada 2017 apabila dia berjaya melengkapkan lawatan ke-2000 ke taman tema itu.



Ketika itu, kakitangan Disneyland menghadiahkan Reitz sebuah beg galas penuh dengan cenderamata dari pihak pengurusan taman tema.

Sementara itu, Reitz berkata, dia masih belum melawat Disneyland sejak pandemik pandemik Covid-19 melanda AS.

Namun, katanya, dia berharap agar dapat mengunjungi lagi ketika sambutan ulang tahun ke-100 Disneyland padaakhir tahun ini.

Jho Low hanya ‘dongeng’ untuk kenakan Najib?



 

Lelaki lawat Disneyland selama 2,995 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button