2 lelaki ditahan buat aksi bahaya di jalan

2 lelaki ditahan buat aksi bahaya di jalan

2 lelaki ditahan buat aksi bahaya di jalan

KOTA BHARU: Dua lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Pasir Tumboh dan Peringat di sini, semalam kerana buat aksi berbahaya di jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata lelaki berusia 39 dan 19 tahun masing-masing memandu kereta serta menunggang motosikal dengan aksi berbahaya, menguji kelajuan di jalan awam manakala seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun ditahan kerana memiliki dadah disyaki pil yaba.



“Pemandu dan penunggang kenderaan dengan aksi bahaya ditahan reman hingga esok,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Penunggang motosikal yang memiliki dadah disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ditahan reman hingga Isnin.

“Dalam operasi itu, 63 kenderaan membabitkan motosikal dan kereta diperiksa dan 85 saman dikeluarkan kepada pemandu dan penunggang yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk pengubahsuaian ekzos serta tiada lesen memandu,” katanya.

 



2 lelaki ditahan buat aksi bahaya di jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading