Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah

Peminat Mahu Mereka Sesal Runtuhkan Masjid

Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah

Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah
Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah

Keruntuhan rumah tangga sering dikaitkan dengan orang ketiga. Walhal, umum mengetahui bahawa iaanya berdosa bagi mana mana pihak yang menyebabkan satu rumah tangga berantakan.

Bahkan penyebab utama hancurnya rumah tangga adalah kerana lemahnya iman, ada ilmu tetapi tidak diamalkan.

Malah, Kadang-kadang ada lulusan tinggi agama, menghafal al-Quran tapi ada masalah di sudut pengamalan ilmu itu sehingga menjadikan sebab musabab berlakunya perceraian di dalam rumah tangga.



Dalam permasalahan ini, jumhur ulama bersepakat bahawa perbuatan meruntuhkan atau merosakkan rumah tangga orang lain hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

Hal demikian ada disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitsami dalam kitab al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair yang mengkategorikan perbuatan meruntuhkan rumah tangga orang lain haram dan berdosa besar malah paling dimurkai oleh Rasulullah SAW serta baginda tidak mengaku mereka ini sebagai umat-Nya di akhirat kelak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa




Menurut sumber sahih, ia dapat dikuatkan lagi keterangan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bukan daripada kalangan umatku orang yang merosakkan atau meruntuhkan hubungan suami isteri atau seorang budak terhadap tuannya.” (Hadis riwayat Abu Daud 5170).

Oleh yang demikian kebanyakkan daripada kita menasihati supaya jangan sesekali berkongsi foto atau kebahagiaan rumah tangga dengan orang lain secara keterlaluan di media sosial juga perlu dipraktikkan bagi mengelak perkara tidak baik.

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular di laman TikTok sebuah video yang memaparkan foto-foto keluarga pelakon veteran, Kazar Saisi berikutan desakan warganet yang mahu melihat mereka yang terlibat ini bertanggungjawab atas keruntuhan rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.



Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah

 

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai dakwaan serta tohmahan yang dilemparkan kepada mereka ini sehingga ada yang menggesa keluarga ini untuk hadir ke mahkamah berdepan isu yang berbangkit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Gesa Supaya Zeti Di Dakwa



Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah

Mahu Lihat Ira Kazar Dan Keluarga Diheret Ke Mahkamah



Umum mengetahui bahawa baru-baru ini, saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian di antara Puteri Sarah dan suaminya pengarah, Syamsul Yusof.

Pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada Selasa lalu.



Bagaimanapun, selepas kes disebut di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan mereka gagal mencapai persetujuan terhadap draf penyelesaian yang telah dipersetujui.

Terkini Puteri Sarah ada berkongsi satu kenyataan beserta bukti gambar perbualannya bersama Syamsul berkenaan terma-terma yang diingikan oleh kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, aktres ini meluahkan dia kecewa kerana tidak bertindak untuk merekod perbualan antara dia dan suaminya itu untuk dijadikan bukti penting kes berkenaan.

Meskipun pelbagai dakwaan serta sebarang keberangkalian berkenaan isu ini, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi lanjut sehingga mengeruhkan lagi keadaan ini.

Murai MY, disini berharap agar kedua-dua pihak dapat bertemu jalan pendamaian terbaik serta mendapat keadilan yang sepatutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button